Park Shin Hye beri respons hubungan cintanya

Park Shin Hye baru-baru ini menghadiri temu bual dengan pihak media bagi mempromosikan filem aksi zombi, #Alive, yang akan ditayangkan.

Semasa temu bual, Park Shin Hye telah ditanya mengenai hubungannya bersama dengan pelakon Choi Tae Joon yang telah didedahkan kepada umum. Mendengar soalan tersebut, dia memberi respons, “Saya tidak mahu hubungan saya didedahkan kepada umum, tetapi ia telah diketahui oleh umum, kami masih dalam hubungan yang baik.”

Park Shin Hye dan Choi Tae Joon mendedahkan kepada umum mengenai hubungan mereka pada Mac 2018, selepas menafikannya awal pada tahun 2017. Kedua-dua bintang tersebut turut dikenali menamatkan pengajian di universiti yang sama, Universiti Chung-Ang.

Sementara itu, filem terbaharu Park Shin Hye, #Alive, akan ditayangkan di Korea Selatan pada 24 Jun ini. Pelakon Choi Tae Joon pada masa ini menjalan tugas khidmat ketenteraan mandatori sebagai pekerja sosial, selepas tersenarai pada bulan Ogos tahun lalu. – Agensi

Park Shin Hye mendedahkan dia sebenar tidak mahu hubungannya dengan Choi Tae Joon didedahkan kepada umum.- Agensi