Park So Dam umum hidap kanser tiroid

Bintang filem Parasite iaitu Park So Dam berkongsi berita duka memaklumkan dia disahkan menghidap kanser tiroid.

Menurut laporan Soompi, Park So Dam didiagnosis menghidap penyakit itu selepas melakukan rutin pemeriksaan fizikal. Pelakon berusia 30 tahun ini juga sudah menjalani pembedahan seperti dinasihatkan oleh doktor.

Dalam pada itu, agensi pengurusan iaitu Artist Company memaklumkan Park So Dam akan berehat buat sementara waktu dan tidak dapat menyertai promosi filem terbaharu berjudul Special Cargo.

“Park So Dam memohon maaf kerana tidak dapat bersama peminat yang menanti tayangan perdana filem terbaharu. Dia tidak dapat menyertai promosi itu tetapi tetap akan memberikan sokongan.

“Park So Dam perlu fokus pada pemulihan sehingga benar-benar sihat dan kami akan melakukan yang terbaik agar dia cepat sembuh. Terima kasih,” kata wakil agensi.

Sementara itu, menerusi laman sosial rata-rata peminat terkejut dengan berita tersebut dan mendoakan semoga Park So Dam bebas daripada kanser secepat mungkin. – Agensi

Park So Dam didiagnosis menghidap kanser tiroid itu selepas melakukan rutin pemeriksaan fizikal dan juga telah menjalani pembedahan seperti dinasihatkan oleh doktor. – Agensi