Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Parlimen AS lulus RUU peruntukan bantuan Ukraine

WASHINGTON, 11 MEI – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan, dengan undian 368-57, rang undang-undang (RUU) pembiayaan tambahan untuk Ukraine yang menyediakan bantuan hampir AS$40 bilion untuk negara itu di tengah-tengah operasi ketenteraan khas Rusia, termasuk lebih AS$20 bilion dalam bantuan pertahanan, lapor Sputnik.

Anggota Dewan AS meluluskan undang-undang itu, digelar Akta Peruntukan Tambahan Ukraine 2022, kelmarin, meneruskan permintaan asal Presiden AS Joe Biden untuk pakej bantuan AS$33 bilion.

Permintaan itu termasuk bantuan ketenteraan AS$20.4 bilion, bantuan ekonomi AS$8.5 bilion, dan kemanusiaan AS$3 bilion.

Selain itu, Dewan AS menambah AS$3.4 bilion dalam bentuk bantuan pertahanan dan AS$3.4 bilion dalam bentuk bantuan kemanusiaan.- Bernama

Penduduk di Bandar Mariupol beratur untuk mendapatkan air. Dewan Perwakilan AS meluluskan pembiayaan tambahan untuk Ukraine, yang menyediakan bantuan hampir AS$40 bilion untuk negara itu di tengah-tengah operasi ketenteraan khas Rusia.- AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -