Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Parlimen Australia luluskan undang-undang iklim

    SYDNEY, 30 MAC – Parlimen Australia meluluskan undang-undang penting mengenai iklim yang menyasarkan pencemar terburuk negara kelmarin, memaksa lombong arang batu dan kilang penapisan minyak mengekang pelepasan sekitar 5 peratus setiap tahun.

    Undang-undang itu terpakai kepada 215 kemudahan perindustrian utama, masing-masing menghasilkan lebih 100,000 tan gas rumah hijau setahun dan memainkan peranan penting dalam janji Australia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

    Pakar berkata undang-undang itu menandakan berakhirnya perang iklim Australia yang pahit satu dekad pertikaian politik yang telah berulang kali menggagalkan percubaan untuk menangani sumbangan negara itu kepada pemanasan global.

    Dengan perundangan baharu itu, kerajaan Buruh berhaluan tengah negara itu telah meramalkan ia boleh meng-hentikan pelepasan 200 juta tan karbon ke atmosfera sepanjang sedekad akan datang.

    “Apa yang dilakukan oleh parlimen hari ini adalah melindungi iklim, ekonomi dan melindungi masa depan kita,” kata Menteri Perubahan Iklim Australia, Chris Bowen kepada Ahli Parlimen.

    Pelebur aluminium, lombong arang batu, kilang penapisan minyak dan pencemar besar lain akan terpaksa me-ngurangkan pelepasannya sebanyak 4.9 peratus setiap tahun.

    “Ini merupakan kali pertama pengurangan pelepasan gas rumah hijau telah ditulis ke dalam undang-undang Australia,” kata pakar kelestarian Universiti New South Wales, Tommy Wiedmann kepada AFP.

    “Itu jelas satu perkara yang baik. Kami mempunyai dasar iklim sekarang.”

    Dalam beberapa minggu sebelum pengundian, kerajaan membuat perjanjian mengenai apa yang dipanggil Mekanisme Perlindungan selepas terlibat dalam tawar-menawar kepentingan tinggi dengan parti sayap kiri Greens. – AFP

    Parlimen Australia meluluskan undang-undang iklim, yang akan memaksa lombong arang batu, peleburan dan penapisan minyak mengurangkan pelepasannya sebanyak kira-kira 5 peratus setiap tahun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...