Saturday, August 20, 2022
23.9 C
Brunei

Parlimen Australia pertimbang batalkan larangan eutanasia

-

CANBERRA, 1 OGOS – Satu rang undang-undang baharu diperkenalkan di parlimen Australia hari ini bagi membatalkan 25 tahun larangan eutanasia atau doktor membantu mematikan pesakit di dua buah wilayah.

Wilayah kurang padat penduduk, Northern Territory dalam 1995 menjadi tempat pertama di dunia yang secara sukarela mengesahkan eutanasia. Namun undang-undang bersejarah itu diterbalikkan oleh parlimen Australia dua tahun kemudiannya selepas empat orang yang amat tenat, dibantu secara sah untuk mati, menyebabkan Northern Territory sebagai sebuah daripada bahagian terakhir Australia di mana kematian dibantu oleh doktor masih dilarang.

“Sudah terlalu lama warga Australia tinggal di wilayah-wilayah ini dilayan seperti warga kelas kedua,” kata ahli parlimen, Luke Gosling yang mewakili pengundi Northern Territory, memberitahu parlimen.

Dia dan Alicia Payne memperkenalkan rang undang-undang itu ke Dewan Perwakilan bagi membolehkan ahli parlimen Northern Territory dan Australia Capital Territory menjadikannya satu undang-undang untuk membantu kematian. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -