Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Parlimen Finland, Sweden bincang keahlian NATO

    MOSCOW, 16 MEI – Parlimen Finland dan Sweden akan membincangkan laporan kerajaan berkaitan proses permohonan negara itu menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Isnin, lapor Sputnik.

    Di Finland, Perdana Menteri Sanna Marin akan membentangkan laporan Penyertaan Finland ke NATO, diikuti perbahasan di parlimen.

    “Sekiranya terdapat cadangan yang berbeza ketika perbahasan dan disokong, ia akan dikemukakan ketika sesi undian pada akhir sesi,” menurut kenyataan Parlimen Finland.

    Sementara itu, Parlimen Sweden akan mengadakan perbincangan khas Laporan Dasar Keselamatan, yang akan dibentangkan Perdana Menterinya Magdalena Andersson.

    “Seorang wakil dari setiap parti boleh mengambil bahagian dalam perbahasan. Ucapan tidak lebih 10 minit,” menurut Parlimen Sweden.

    Finland menjangkakan perbahasan akan berlanjutan sehingga Selasa, manakala akhbar Sweden Expressen pada Jumaat melaporkan, ketua kabinet Sweden akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk memuktamadkan mengenai keahlian NATO pada Isnin.

    Finland dan Sweden mempertimbangkan rancangan untuk menyertai NATO sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari.

    Pada Mac, Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata pakatan itu akan mempercepatkan permohonan keahlian Finland dan Sweden jika kedua-dua negara itu memutuskan untuk menyertai NATO. – Bernama

    Perdana Menteri Finland, Sanna Marin berucap semasa sesi pleno di parlimen Finland di Helsinki, Finland kelmarin, ketika penggubal undang-undang membahas usul keahlian NATO oleh Finland. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...