Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

Parlimen Indonesia lulus larangan seks luar nikah

JAKARTA, 6 DIS – Parlimen Indonesia hari ini telah meluluskan undang-undang yang akan mengharamkan hubungan seksual di luar nikah dalam langkah yang pengkritik katakan merupakan kegagalan kepada hak asasi di negara Muslim paling ramai di dunia.

Selepas kanun jenayah baharu itu disokong oleh kesemua sembilan parti dalam rombakan besar kod undang-undang, timbalan speaker dewan, Sufmi Dasco Ahmad memukul tukul kayu untuk menandakan teks berkenaan diluluskan dan menjerit “sah”.

Semakan kanun jenayah Indonesia, yang sejarahnya menjangkau era kolonial Belanda, telah didebatkan selama berdekad-dekad.

Kumpulan-kumpulan hak asasi telah membantah pindaan berkenaan, mengecam tindakan keras ke atas kebebasan sivil dan politik, serta peralihan ke arah fundamentalisme di negara majoriti Muslim itu, di mana sekularisme disebatikan dalam perlembagaan.

“Kami telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu penting dan pendapat-pendapat berbeza yang kami bahaskan,” Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Yasonna Laoly memberitahu parlimen.

“Bagaimanapun, ini adalah masa bagi kita membuat keputusan bersejarah mengenai pindaan kanun jenayah dan meninggalkan kanun jenayah kolonial yang kita warisi.”

Artikel menjenayahkan hubungan seks di luar nikah telah dikritik oleh pertubuhan-pertubuhan perniagaan Indonesia sebagai menjejaskan pelancongan, tetapi pihak-pihak berkuasa bertegas bahawa pelancong ke Bali tidak akan terjejas.

Kanun baharu itu, yang masih perlu diluluskan oleh Presiden Joko Widodo, akan berkuat kuasa selepas tiga tahun.

Antara artikel paling kontroversial dalam kanun baharu itu adalah menjenayahkan hubungan seks luar nikah serta pasangan belum bernikah bersekedudukan. – AFP

Aktivis-aktivis mengadakan perhimpunan membantah undang-undang jenayah baharu Indonesia di Yogyakarta, Indonesia, kelmarin. – AP
Artikel sebelum iniIndia tarik diri
Artikel seterusnyaPoland terima senjata buatan Korea
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -