Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Parlimen Kuwait dibubar, pilihan raya baharu September depan

    BANDAR KUWAIT, 28 OGOS – Kerajaan Kuwait hari ini menyeru agar pilihan raya parlimen untuk diadakan pada 29 September depan, agensi berita negeri itu berkata, dua bulan selepas parlimen dibubarkan di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin menegang.

    Kuwait merupakan satu-satunya negara Teluk yang mempunyai badan perundangan yang dipilih sepenuhnya melalui proses pilihan raya.

    Kini Kuwait berhadapan pertelingkahan yang kerap antara keluarga pemerintah Al-Sabah dan dewan parlimen. Kerajaan sedia ada ditubuhkan pada awal Ogos lalu selepas kabinet sebelum ini meletak jawatan pada April, hanya tiga bulan selepas mengangkat sumpah.

    Peletakkan jawatan itu berlaku di tengah-tengah pertikaian yang semakin meningkat antara kabinet dan ahli parlimen pembangkang, yang telah memenangi hampir separuh kerusi dalam badan perundangan semasa pilihan raya sebelumnya pada Disember 2020.

    Pembangkang kerap menuduh menteri kabinet yang daripada keluarga diraja telah melakukan pecah amanah dan rasuah. Berikutan itu, Putera Mahkota Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah membubarkan parlimen pada Jun selepas penggubal undang-undang pembangkang melancarkan mogok selama lapan hari di dewan perundangan.

    Perintah pembubaran rasmi, yang dilaporkan oleh agensi berita KUNA, berkata pencalonan kini dibuka untuk calon mendaftar sebelum pengundian September depan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...