Parlimen Kyrgyzstan gantung pilihan raya perundangan

BISHKEK, KYRGYZSTAN, 23 OKT – Parlimen Kyrgyzstan semalam menggantung penganjuran pilihan raya perundangan, yang dijangka diadakan pada Disember selepas pilihan raya parlimen diadakan pada awal bulan ini dibatalkan.

Negara Asia tengah itu telah dibelenggu dalam krisis politik susulan pilihan raya Oktober, pergolakan yang melihat penunjuk perasaan membebaskan seorang ahli politik populis yang menjadi pemangku presiden. Sadyr Japarov, 51, mempunyai kuasa penggabungan sejak penyokongnya membanjiri ibu negara selepas pengundian dan beliau memaksa presiden Sooronbay Jeenbekov meletak jawatan.

Jeenbekov merupakan pemimpin ketiga yang meletak jawatan di tengah krisis politik di bekas negara Soviet itu sejak mencapai kemerdekaan pada 1991.

Keputusan pilihan raya asal dibatalkan dalam usaha untuk meredakan pergolakan dan pihak berkuasa pilihan raya berkata pada minggu ini bahawa satu pengundian akan diadakan pada 20 Disember. Namun parlimen menolak keputusan itu semalam dengan menggantung sebahagian daripada perlembagaan yang mewajibkan pilihan raya baharu, beritahu jurucakap parlimen kepada AFP.

Tindakan itu diambil tatkala Japarov – perdana menteri yang baru dilantik yang juga mewarisi kuasa presiden berikutan peletakan jawapan Jeenbekov – menggesa perlembagaan dipinda. – AFP