Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Lubnan runding PM baharu

    BEIRUT, 7 OKT – Presiden Lubnan Michel Aoun akan memulakan rundingan parlimen untuk menamakan seorang perdana menteri baharu pada minggu depan, kata pejabatnya hari ini.

    Ia akan menandakan percubaan ketiga untuk menamakan seorang perdana menteri baharu dalam kurang setahun susulan beberapa peletakan jawatan ketika berdepan krisis ekonomi yang semakin teruk dan letupan pelabuhan yang memusnahkan seluruh daerah ibu negara.

    “Presiden Aoun telah menetapkan 15 Oktober sebagai tarikh untuk mengadakan rundingan parlimen untuk melantik seorang tokoh untuk membentuk sebuah kerajaan baharu,” kata pejabatnya di Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda