Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Mesir undi lanjut kuasa Sisi

    KAHERAH, 16 April – Parlimen Mesir, dipenuhi dengan pengikut setia Presiden Abdel Fattah al-Sisi, dijangka mengundi hari ini mengenai pindaan kepada perlembagaan yang mungkin mengekalkan kuasa bekas ketua tentera sehingga tahun 2030.

    Pindaan yang dicadangkan itu pada mulanya diperkenalkan pada Februari oleh satu blok parlimen yang menyokong Sisi dan dikemaskini pada minggu ini selepas beberapa sesi perdebatan parlimen. Ia termasuk mengubah Artikel 140 perlembagaan untuk membenarkan presiden Mesir melanjutkan penggal empat tahun sekarang, yang berakhir pada tahun 2022, selama dua tahun.

    Perubahan lanjut akan membenarkan Sisi bertahan enam penggal lagi dan berpotensi kekal sebagai presiden sehingga tahun 2030. Sisi memimpin penggulingan presiden dipilih Mohamed Morsi pada 2013 berikutan bantahan besar-besaran ke atas pemerintahan pemimpin Islam itu.

    Beliau memenangi penggal pertamanya sebagai presiden pada tahun 2014 dan dipilih semula pada Mac 2016 dengan lebih 97 peratus daripada undi, setelah bertanding tanpa tentangan.

    Kerajaannya telah dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia disebabkan penindasan terhadap penentang politik.

    Namun Mohamed Abu-Hamed, salah seorang anggota parlimen yang mendesak pindaan perlembagaan untuk mengekalkan kuasa Sisi, tetap tidak berganjak daripada pendirian bahawa perubahan merupakan satu kemestian.

    “Perlembagaan pada tahun 2014 ditulis di bawah keadaan amat sukar,” beritahunya kepada AFP. Beliau mengalu-alu Sisi sebagai presiden yang ‘mengambil langkah politik, ekonomi dan keselamatan yang penting, dan mesti meneruskan dengan pembaharuan beliau,” ketika menghadapi pergolakan yang membelenggu negara jiran ekoran penggulingan presiden veteran Omar al-Bashir di Sudan dan meletusnya konflik di Libya. – AFP

    Gambar fail pada 14 April 2019 menunjukkan presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi (kanan) bertemu dengan Khalifa Haftar di Istana presiden Ittihadia di ibu kota Kaherah. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda