Parlimen Thai gesa lulus AS$60 bilion

BANGKOK, 27 MEI – Perdana Menteri Thailand hari ini menggesa parlimen untuk meluluskan pakej rangsangan terbesar kerajaan itu untuk memulihkan ekonomi yang dihambat oleh koronavirus, yang mencetuskan kepincangan pelancongan, eksport dan mengakibatkan jutaan lagi kehilangan pekerjaan.

Pakej kewangan bernilai 1.9 trilion baht (AS$59.6 bilion) itu diperlukan untuk merangsang ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara, yang dijangka mengecut sekitar 5-6 peratus pada 2020.

Anggota parlimen – yang merasmikan bangunan baharu pada Rabu – dijangka akan membincangkan tiga rang undang-undang selama lima hari meliputi penjagaan kesihatan, pengangguran dan pembiayaan untuk menstabilkan rangsangan serta merangsang kuasa pembelian.

Parti pembangkang Pheu Thai telah berikrar untuk menyiasat kerajaan pemerintah yang disokong tentera – yang memegang majoriti tipis – ke atas rang undang-undang dan pengendaliannya terhadap pandemik itu.

Hari ini Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha mendakwa bagi laluan segera rang undang-undang itu, mengatakan pentadbiran pada masa ini cuba untuk menguruskan ekonomi ‘menggunakan bajet pusat, bajet tahun hadapan atau pemindahan’ dari bidang-bidang lain.

“Namun ia tidak mencukupi,” Prayut memberitahu sesi pembukaan.

“Untuk negara pulih…kami sangat memerlukan bajet 1.9 trilion baht.”

Kira-kira 550 bilion baht (AS$17.2 bilion) dijangka diperuntukkan kepada para petani dan pekerja informal seperti penjual jalanan dan mereka yang bekerja di pusat urut dan kelab-kelab. – AFP

Anggota parlimen Thailand menghadiri sesi di bangunan parlimen yang baharu dirasmikan di kuarters bersejarah di Bangkok pada 27 Mei. – AFP