Parlimen UK bincang pelan kuarantin

LONDON, 2 JUN – Ahli parlimen British kembali ke parlimen hari ini apabila sistem alam maya yang diperkenalkan semasa lockdown koronavirus berakhir, dengan pelan kuarantin bakal dibincangkan.

Ahli parlimen telah menghadiri sesi sama ada secara fizikal atau menerusi panggilan video sejak akhir April tetapi kerajaan mengumumkan pada bulan lalu bahawa perniagaan akan dijalankan secara fizikal sekarang.

Salah satu topik pertama yang diperdebatkan adalah pelan kerajaan untuk memaksa mereka yang memasuki Britain dari luar negara dikuarantin selama 14 hari.

Namun laporan mencadangkan menter-menteri sedang menimbang untuk melonggarkan pendekatan berikutan kritikan daripada pemimpin perniagaan, terutamanya dalam sektor penerbangan.

Kebanyakan orang yang tiba dengan kapal terbang, feri atau kereta api, termasuk warga Britain, mesti mengasingkan diri bermula 8 Jun di bawah pelan yang akan dikaji semula setiap tiga minggu.

Bagaimanapun, BBC berkata menteri-menteri sedang menimbang lebih banyak pengecualian untuk mereka yang berkunjung dari negara dengan kadar jangkitan rendah dan pekerja tertentu.

Pemandu lori, pegawai polis, pekerja ladang dan profesional penjagaan kesihatan telah pun dikecualikan, begitu juga dengan mereka yang berkunjung dari Ireland.

Mengenai prosedur parlimen, ramai ahli parlimen tidak puas hati dengan pembatalan sistem maya, berkata ahli parlimen dikelaskan sebagai mudah terancam disebabkan usia atau kesihatan.

Yang lainnya meramalkan barisan sehingga beberapa kilometer panjang apabila mengundi di bawah peraturan penjarakan sosial. – AFP