Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Parti Imran Khan terima dana haram

    ISLAMABAD, 2 OGOS – Parti bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan (gambar-AP) telah menerima berjuta-juta dolar dana haram daripada individu dan kumpulan asing, menurut suruhanjaya pilihan raya hari ini.

    Siasatan bertarikh dari 2014 menyatakan anggota pengasas Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang tidak berpuas hati, memfailkan kes terhadap kepimpinan partinya, dengan tuduhan penyelewengan kewangan.

    Suruhanjaya Pilihan Raya mendapati parti Khan menyembunyikan 16 akaun bank dan menerima sumbangan daripada warga atau kumpulan asing berpangkalan di Australia, Kanada dan Emiriah Arab Bersatu serta Kepulauan Cayman.

    Undang-undang Pakistan melarang parti politik menerima dana dan sumbangan daripada individu atau syarikat asing. Suruhanjaya juga mengatakan bahawa perincian kewangan diserahkan oleh Khan didapati ‘amat tidak tepat.’

    Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif yang berkuasa pada April selepas penyingkiran Khan mengatakan bahawa keputusan suruhanjaya itu sekali lagi menunjukkan Khan adalah ‘pembohong besar.’

    “Negara perlu memikirkan implikasi politiknya yang dibiayai orang asing,” kata Sharif dalam ciapannya di Twitter hari ini.

    Parti khan bagaimanapun menafikan tuduhan itu. Dalam responnya terhadap keputusan itu, pemimpin kanan PTI, Fawad Chaudhry mengatakan parti mengambil dana daripada ‘warga Pakistan di luar negara’ dan bukannya warga asing.

    “Warga Pakistan di luar negara adalah tulang belakang ekonomi Pakistan dan kami akan terus bergantung kepada mereka bagi dana,” Chaudhry memberitahu wartawan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...