Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Parti kerajaan Macron kalah undi

    PARIS, 13 JULAI – Kerajaan Perancis berdepan dengan kekalahan pertama dalam parlimen selepas parti pemimpin Presiden Emmanuel Macron kehilangan undian majoriti dalam pilihan raya bulan lalu.

    Barisan nasional menolak cada-ngan yang dibuat kelmarin untuk mengenakan peraturan supaya pelancong menunjukkan bukti vaksinasi ataupun keputusan ujian negatif COVID apabila memasuki Perancis.

    Kekalahan dengan sebanyak 219 undi kepada 195 undi menyaksikan semua parti pembangkang utama – Perhimpunan Nasional (RN), LFI, dan Republikan – bersatu menentang kerajaan minoriti.

    “Keadaan itu mewajibkan kerajaan untuk mendengar parti pembangkang yang pada masa ini mempunyai sedikit kesukaran untuk melakukannya,” kata ahli parlimen tertinggi Republikan, Olivier Marleix kepada Radio Sud hari ini. – AFP

    Presiden Emmanuel Macron semasa membuat lawatan ke STMicroelectronic di wilayah Isere, Crolles, Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...