Tuesday, April 23, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Parti Kongres India pilih presiden baharu

    NEW DELHI, 19 OKT – Pembangkang utama India, Parti Kongres hari ini mengumumkan presiden baharunya, pemimpin pertama dalam tempoh 24 tahun yang tiada kaitan dengan dinasti Nehru.

    Mallikarjun Kharge, 80, pemimpin dari Karnataka menewaskan pesaingnya Shashi Tharoor, 66, seorang ahli parlimen dari Kerala.

    Sejumlah 9,385 perwakilan mengundi dalam pemilihan parti itu pada 17 Okt dengan 7,897 pengundi memilih Kharge.

    “Ia suatu yang sangat istimewa untuk menerima sokongan lebih 1,000 rakan serta membawa harapan dan aspirasi begitu ramai penyokong Kongres di seluruh India,” kata Tharoor hari ini sambil mengucapkan tahniah kepada pemimpin baharu itu.

    Parti Kongres Kebangsaan India yang sudah berusia 137 tahun yang didominasi keluarga Nehru, memerintah negara itu selama kira-kira 60 tahun sejak kemerdekaan pada 1947.

    Parti itu mempunyai presiden yang bukan sebahagian daripada dinasti itu sebelum ini dengan ketua organisasi terakhir, Sitaram Kesri digulingkan pada 1998.

    Sonia Gandhi, balu bekas perdana menteri Rajiv Gandhi yang terbunuh mengetuai parti itu sehingga 2017 apabila anaknya Rahul Gandhi menjadi presiden. – Bernama

    Parti Kongres  mengumumkan Mallikarjun Kharge sebagai presiden baharunya, pemimpin pertama dalam tempoh 24 tahun yang tiada kaitan dengan dinasti Nehru. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiga maut, puluhan ribu dipindah akibat hujan lebat

    BEIJING, 22 APRIL - Tiga orang maut dan 11 lagi hilang susulan ribut yang melanda selatan China, menurut media kerajaan hari ini, dengan puluhan...