Parti Macron kalah besar dalam pilihan raya

PARIS, 29 JUN – Parti pemerintah pimpinan Presiden Perancis Emmanuel Macron mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya perbandaran semalam, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut tinjauan, parti Republic on the Move (LREM) tewas di kebanyakan bandar-bandar utama, sementara parti Eropah Ecologythe Green (EELV) menang di Lyon, Bordeaux, Strasbourg, Poitiers, Besancon dan Marseille.

Kira-kira 16.5 juta pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka, selepas pilihan raya pusingan pertama gagal menghasilkan keputusan yang diperlukan.

Seramai 34,967 Datuk Bandar serta timbalan dipilih pada pusingan pertama dan kedua. –Bernama