Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Parti Move Forward berusaha bentuk k’jaan gabungan 8 parti

    BANGKOK, 18 MEI – Pemimpin Parti Move Forward menyatakan hasrat untuk membentuk kerajaan campuran dengan kerjasama tujuh parti lain selepas kemenangan besar dalam pilihan raya parlimen Thailand.

    Gabungan lapan parti itu akan mewakili 313 kerusi dalam Dewan Perwakilan, sekali gus menjadikan pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat calon utama perdana menteri Thailand seterusnya, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan Thai PBS World pada Khamis.

    Bagaimanapun, perdana menteri Thailand bukan sahaja ditentukan oleh 500 ahli Parlimen tetapi juga oleh 250 senator.

    Parti pembangkang dilihat berdepan lalaun sukar untuk membentuk kerajaan baharu, berikutan perlembagaan tentera selepas rampasan kuasa 2014.

    Di bawah perlembagaan, 250 senator yang dilantik oleh junta mempunyai suara dalam pemilihan perdana menteri dan membentuk kerajaan.

    Tidak diketahui sama ada mana-mana senator akan menyokong pembangkang.

    Undian dijangka pada akhir Julai atau awal Ogos.

    Satu memorandum persefahaman akan ditandatangani oleh semua parti gabungan pada Isnin, jelas Pita kepada wartawan.

    Tarikh itu memberi makna signifikan kerana ia menandakan sembilan tahun sejak tentera merampas kuasa pada 22 Mei 2014. – Bernama

    Pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat (tengah) melambai penyokong semasa satu sidang media bersama pemimpin parti-parti lain di Bangkok, Thailand, 18 Mei. –AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...