Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Parti pembangkang India tuntut rusuhan dihentikan

    NEW DELHI, 17 APRIL – Gabungan parti pembangkang India membantah keganasan dan ucapan kebencian yang semakin memuncak terhadap umat Islam di negara itu.

    “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan komunal di beberapa negeri baru-baru ini. Kami bimbang terhadap laporan insiden yang berlaku,” menurut kenyataan bersama 13 parti politik kelmarin.

    Madhya Pradesh, Karnataka, Uttar Pradesh, Rajasthan, Gujarat dan Delhi antara negeri yang menyaksikan serangan terhadap umat Islam dan harta benda mereka oleh kumpulan nasionalis Hindu.

    Menurut kenyataan itu keadaan yang berlaku amat membimbangkan dan malang sekali tiada tindakan sewajarnya diambil setakat ini.  Penandatangan kenyataan itu termasuk presiden Parti Kongres Sonia Gandhi, ketua menteri Tamil Nadu M.K.Stalin, ketua Parti Kongres Nasionalis Sharad Pawar, Ketua Menteri Bengal Barat Mamata Banerjee, Ketua Menteri Jharkhand Hemant Soren dan pemimpin Rashtriya Janata Dal Tejashwi Yadav. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...