Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Parti pembangkang Kemboja kalah bidaan batal larangan p’raya

    PHNOM PENH, 25 MEI – Parti pembangkang utama Kemboja hari ini kalah cubaan untuk mengubah larangan yang dikenakan daripada menyertai pilihan raya akan datang, membuka jalan kepada pemimpin yang sudah lama berkhidmat, Hun Sen untuk pasti menang.

    Minggu lalu, Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) enggan mendaftarkan Candlelight Party (CP) – pencabar utama Hun Sen – untuk pengundian Julai selepas ia gagal menyerahkan dokumen tertentu.

    Majlis Perlembagaan dalam satu kenyataan berkata, ia telah menolak rayuan terhadap keputusan NEC.

    “Kami sangat kesal… Parti kami ditolak (daripada pilihan raya), kami sangat kecewa,” kata jurucakap CP, Kimsour Phirith kepada AFP.

    Beliau berkata CP berharap untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya “untuk memulihkan asas demo-krasi di negara kita”.

    “Ketiadaan parti yang mendapat sokongan akar umbi akan mengecilkan ruang demokrasi.”

    Hun Sen adalah antara pemimpin paling lama berkhidmat di dunia. Pengkritik dan kumpulan hak asasi manusia menuduhnya menggunakan sistem perundangan untuk menghancurkan penentangan terhadap pemerintahannya, khususnya menjelang pilihan raya.

    CP dilihat sebagai satu-satunya pencabar besar kepada Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen dalam undian 23 Julai. – AFP

    Poster parti politik Candlelight Party (kanan) dipamerkan berhampiran jambatan di luar Phnom Penh, Kemboja, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...