Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Parti pembangkang M’sia sedia hadapi PRU15

    KUALA LUMPUR, 10 OKT – Parti-parti pembangkang menyatakan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan akan menggerakkan jentera parti serta merta, namun pada masa sama melahirkan rasa bimbang tentang risiko bencana banjir yang dijangka berlaku.

    Bagi Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook pula, DAP menghormati keputusan yang telah dibuat mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan, meski pun telah menyatakan pendirian bahawa pilihan raya umum tidak sesuai diadakan berikutan risiko banjir.

    Katanya Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam esok (Selasa), untuk membincangkan persiapan parti menghadapi PRU15 dan seluruh jentera pilihan raya DAP akan diaktifkan serta merta.

    “DAP juga akan terus mendukung keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Ini supaya kerajaan negeri masing-masing boleh fokus untuk siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam perkongsian di Twitter pula berkata parti itu akan melakukan yang terbaik dan kini tiba masanya untuk ‘memecut’, setelah beberapa bulan ‘berlari-lari anak’ (berkempen).

    “Seperti saya selalu ulang, menang kalah Allah telah tetapkan. Yang penting, kita berusaha terbaik untuk terus bawa Malaysia ke landasan lebih baik,” katanya.

    Dalam pada itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa mengenai pembubaran itu, sekali gus mempersoalkan perlu berkempen ketika musim banjir.

    “Beribu-ribu rakyat Malaysia teruk terjejas akibat banjir yang tidak henti-henti ini. Dalam tempoh 10 hari lepas sahaja, sudah banyak kawasan yang dilanda bencana banjir,” katanya menerusi Facebook. – Bernama

    Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Khas parti susulan pembubaran Parlimen. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...