Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Parti pemerintah Jepun diramal menang pilihan raya

    TOKYO, 10 JULAI – Gabungan parti pemerintah Jepun diramal mengekalkan majoritinya dalam pilihan raya yang diadakan dua hari selepas insiden pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe, kata penyiaran negara, NHK hari ini.

    Parti pemerintah bekas perdana menteri itu, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan rakan gabungannya, Komeito dijangka meraih antara 69 dan 83 daripada kerusi parlimen.

    Sebelum pembunuhan Abe, LDP dan Komeito dijangka meraih majoriti, walaupun jumlah terakhir kerusi akan diteliti bagi tanda-tanda sama ada serangan itu menunjang sokongan terhadap mereka.

    Perdana Menteri Fumio Kishida menegaskan bahawa pilihan raya itu diteruskan meskipun insiden pembunuhan, mengatakan ‘kita tidak boleh membiarkan keganasan itu menyekat ucapan’.

    Abe telah ditembak mati secara jarak dekat pada Jumaat di barat rantau Nara, dan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah di sebuah hospital.

    Mayatnya telah dibawa ke rumah keluarganya di Tokyo pada Sabtu. Kes pembunuhan itu telah menggoncangkan negara itu dan menjadi berita mengejutkan di seluruh dunia, mencetuskan banyak simpati malah dari negara-negara yang mempunyai hubungan sukar dengan Abe, seperti China dan Korea Selatan. – AFP

    Perdana Menteri Jepun dan Presiden LDP, Fumio Kishida (dua, kiri) meletakkan bunga kertas merah jambu pada nama calon LDP di parlimen, Tokyo pada 10 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...