JAKARTA, 18 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia yang dikenali sebagai KPU, semalam telah memberi kelayakan 14 parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya presiden dan perundangan tahun depan.
Parti yang layak untuk bertanding akan memilih ahli-ahli parlimen yang baru dan presiden baru untuk perkhidmatan selama lima tahun dari 16 politik parti yang telah mendaftarkan diri di KPU.
“Kelayakan beberapa parti politik diputuskan melalui kajian pentadbiran dan penggulungan kebangsaan berdasarkan pengesahan seluruh negara,” menurut pengerusi KPU, Arief Budiman dalam satu sesi mengumumkan parti-parti politik untuk pilihan raya 2019.
Sekitar 10 daripada parti politik yang berkelayakan merupakan parti yang sudah terbentuk dalam parlimen pada masa ini.
Mereka adalah terdiri daripada Parti Perjuangan Demokratik Indonesia (PDIP), Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Demokrat Nasional (Nasdem), Parti Mandat Nasional (PAN), Parti Suara Hati Rakyat (Hanura), Parti Demokratik (PD), Golongan Karya (Golkar). Parti Keadilan makmur dan Parti Indonesia Agung (Gerindra).
Empat parti politik yang lain merupakan parti yang baru dalam politik Indonesia dan mereka adalah Perindo, Parti Solidariti Indonesia, Parti Berkarya dan Parti Garuda. – Xinhua