Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parti Sweet 16 jadi ‘superspreader’

    NEW YORK, 16 OKT – Parti hari jadi ke-16 di negeri New York menjadi acara ‘superspreader’ dengan puluhan hadirin dijangkiti koronavirus, menurut pegawai.

    Majlis pada 25 September di Miller Place Inn di Long Island meninggalkan 37 orang dijangkiti COVID-19 dan memaksa lebih 270 yang lain dikuarantin.

    Lebih 80 orang menghadiri parti itu, dikenali sebagai ‘Sweet 16’ di Amerika Syarikat, jauh melebihi had 50 yang ditetapkan. Tempat itu telah ditutup sementara dan didenda AS$12,000, kata pegawai tempatan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda