Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan didakwa lancar serangan

    LONDON, 9 Jan – Seorang lelaki dan perempuan yang bertemu dalam ruangan temu janji di laman sesawang telah didakwa semalam kerana melancarkan serangan bom di Britain.

    Pendakwa raya berkata Munir Mohammed, seorang pencari suaka dari Sudan, dan seorang ahli farmasi Rowaid El-Hassan dari London bertemu di sebuah laman sesawang dan terikat terhadap pandangan ekstremis mereka.

    Kedua-dua defendan menafikan pertuduhan itu, akan tetapi para juri di Mahkamah Jenayah Pusat London mendapati mereka bersalah kerana melakukan tindakan pengganas.

    Pendakwa raya berkata Mohammed secara sukarela melancarkan serangan semasa berbalas mesej di Facebook bersama seorang lelaki yang dipercayai sebagai pemerintah kumpulan IS.

    Polis mengatakan mereka mendapati arahan pembuatan bom dan dua daripada tiga komponen untuk bahan letupan TATP di rumah Mohammed ketika dia ditahan pada Disember 2016.

    Menurut pendakwa raya lagi, Mohammed memperoleh pengetahuan mengenai bahan kimia daripada El-Hassan semasa persediaannya. El-Hassan mengakui adanya ‘kaitan emosi’ ke atas Mohammed, akan tetapi dia menafikan terlibat serta semasa merancang serangan itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda