Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan Jerman maut dalam pengembaraan

    DARWIN, 15 Feb – Pasangan dari Jerman yang hilang di kawasan terpencil Australia tidak bersedia bagi persekitaran teruk dan mungkin menemui ajal sebelum sesiapa pun menyedari pasangan ini hilang, menurut polis hari ini.

    Polis Wilayah Utara melancarkan usaha mencari Gisela dan Wilfred Thor Ahad lalu selepas seorang renjer telah menemui kereta pasangan itu di Trephina Gorge, sebuah taman semula jadi di timur laut bandar terpencil, Alice Springs. Pasangan itu yang tiba di Australia dalam awal Februari, telah menuju gaung itu dua hari sebelumnya.

    Polis telah menemukan mayat Wilfred, 76 tahun pada Isnin lalu dan isterinya, berusia 73 tahun pada hari berikutnya. Superintenden polis Rob Burgoyne memberitahu Australian Broadcasting Corp hari ini bahawa keadaan mayat-mayat itu menunjukkan pasangan itu mungkin telah mati pada hari pertama mereka berada di sana. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda