Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Pasangan kembar skuasy letak sasaran tinggi

    KUALA LUMPUR, 29 MAC – Pasangan kembar sedang meningkat naik, Vitrikashenie dan Vinikasheinie Kulasegaran (gambar-Bernama) menetapkan sasaran tinggi untuk menjadi pemain skuasy bertaraf dunia pada masa depan, selepas menceburi sukan itu sejak umur 10 tahun.

    Dikenali dengan gelaran ‘The V’s’, kembar seiras berusia 16 tahun itu semakin menyerlah selepas melakar kejayaan di Kejohanan Skuasy Profesional Antarabangsa Bangamata di Bangladesh, minggu lepas.

    Vinikasheinie merangkul emas manakala Vitrikashenie meraih gangsa selepas tewas di tangan adiknya di peringkat separuh akhir.

    Dilahirkan di Taiping, Perak, pasangan kembar tersebut sebelum ini bertanding di sirkit remaja tempatan dan antarabangsa sebelum memutuskan untuk mencabar lawan yang lebih terkenal apabila menjadi pemain profesional pada Mei 2021.

    “Kejohanan Bangamata adalah sirkit profesional luar negara pertama buat kami, dengan pesertanya datang dari pelbagai negara. Saya sangat bangga dan gembira memenangi gelaran ini.

    “Pelan jangka pendek kami adalah untuk tembusi senarai 100 terbaik dalam ranking dunia menjelang akhir tahun ini dan matlamat jangka panjang pula adalah menjadi 10 terbaik dunia,” kata Vinikasheinie kepada Bernama, sambil menambah mereka akan memberi tumpuan sama rata kepada skuasy dan pelajaran.

    Dua beradik tersebut ketika ini menduduki ranking 255 dunia bersama rakan seperjuangan Chen Yu Ng dan Angie Ooi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...