Pasangan kuat emosi, cemburu dikira beruntung?

TIDAK semua benda buruk itu negatif belaka. Seperti berpacaran umumnya, kita akan ditemukan dengan pelbagai jenis calon sebelum menemui individu yang selayaknya untuk dipanggil jodoh.

Tetapi tahukah anda, dalam pada keadaan ramai orang menolak untuk bercinta dengan pasangan yang kuat emosi kerana merasakan ianya akan mengundang masalah pada hari mendatang, tahukah anda sebenarnya ada sisi positif lain yang bakal menyinari hidup apabila bercinta dan menyayangi pasangan yang cepat melenting, kuat sensitif dan suka cemburu tak bertempat?

Kalau anda memiliki pasangan yang kuat emosi, anda sebenarnya sangat beruntung kerana:-

1.Sangat jujur

Sekurang-kurangnya orang yang kuat marah dan gemar meluahkan emosinya ini adalah terdiri dalam kalangan orang yang jujur. Mereka lebih gemar menyatakan amarah dan ketidakpuasan hati mereka berbanding memendam rasa. Jadi kalau anda bercinta dnegan orang yang kuat emosi, anda sebenarnya sangat beruntung.

2.Penuh semangat

Menurut kajian, individu yang suka menunjuk perasaan ini memiliki sifat semangat yang tiada bandingannya. Mereka adalah orang yang agresif dalam mengejar kemahuan diri sekaligus akan mendorong anda untuk jadi individu yang bersemangat juga tanpa sedar!

3.Suka beri perhatian

Mereka yang kuat emosi sebenarnya cenderung menjadi insan yang paling penyayang dengan orang-orang yang dikasihinya.

Sisi lainnya, mereka akan mendahulukan kebahagiaan orang lain kerana mereka sudah tahu bagaimana rasanya perasaan apabila kehendak tidak dapat dicapai atau disegerakan.

4.Tidak mudah menghakimi orang

Sebagai seorang manusia normal, adakalanya kita juga terkadang-kala tidak dapat mengawal emosi. Justeru, apabila berpasangan dengan orang yang kuat emosi, mereka sebenarnya akan lebih memahami dan tidak akan menghakimi diri kita andaikan waktu itu kita meluahkan emosi kita. Kerana mereka faham akan situasi ‘beremosi’ tersebut.

5.Orang kuat emosi lebih menyerlah

Secara dasarnya, individu yang kuat emosi adalah insan yang berkeperibadian pelbagai. Mereka tidak hanya mempunyai satu sifat tetapi karakter mereka terlalu banyak membuatkan mereka ini adalah insan yang sangat versatil dan boleh berubah-ubah mengikut situasi.

Bukankah bercinta dengan orang sebegini lebih menarik kerana kita tidak akan pernah rasa bosan?

Kebiasaanya, memang perempuan yang kuat emosi. Jadi kalau anda mahu jadi lelaki yang beruntung, jangan terlalu kisah untuk menerima teman wanita atau bakal isteri yang kuat emosi. – Agensi

Mereka yang kuat emosi sebenarnya cenderung menjadi insan yang paling penyayang dengan orang-orang yang dikasihinya. Mereka akan mendahulukan kebahagiaan orang lain kerana mereka sudah tahu bagaimana rasanya perasaan apabila kehendak tidak dapat dicapai atau disegerakan. – Gambar hiasan
Orang yang kuat marah dan gemar meluahkan emosinya ini adalah terdiri dalam kalangan orang yang jujur. Mereka lebih gemar menyatakan amarah dan ketidakpuasan hati mereka berbanding memendam rasa. Jadi kalau anda bercinta dengan orang yang kuat emosi, anda sebenarnya sangat beruntung. – Gambar hiasan