Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan Pakistan dituduh membunuh pembantu rumah berusia 13 tahun

    ISLAMABAD, 13 FEB – Sepasang suami isteri Pakistan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh seorang pembantu rumah yang berusia 13 tahun.

    Polis mengatakan suami isteri itu memukul pembantu mereka menggunakan alat penggiling kerana dituduh mencuri coklat.

    Iqra dibawa ke hospital di bandar garison Rawalpindi Selasa lalu dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

    Jurucakap polis Rawalpindi berkata, Rashid Shafiq dan isterinya Sana, dituduh melakukan pembunuhan dan ditahan reman selama empat hari bagi membolehkan siasatan dijalankan.

    “Pada awalnya, ia telah dipastikan bahawa wanita itu menggunakan alat penggiling untuk penyeksaan,” kata jurucakap, Sajjad ul Hassan, kepada AFP.

    “Mangsa mengalami kecederaan berganda pada kaki, buku lali, tangan, kepala. Semua ini berlaku akibat coklat yang hilang,” katanya.

    Buruh kanak-kanak sebagai pembantu rumah masih berleluasa di Pakistan, menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa dari 2022, dengan satu daripada setiap empat isi rumah menggaji seorang kanak-kanak dalam kerja rumah, kebanyakannya perempuan berumur 10 hingga 14 tahun. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda