Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan pengasas platform fesyen dalam talian sambung beri keterangan

    PUTRAJAYA, 6 NOV – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung proses merakam keterangan pasangan pengasas perniagaan fesyen dalam talian tempatan berhubung kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

    Kenderaan membawa pasangan berkenaan tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM, di sini, kira-kira 12:54 tengah hari.

    Hari ini memasuki hari kedua proses rakaman terhadap pasangan itu selepas mereka tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM dari 2:30 petang hingga 10:30 malam tadi.

    Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pasangan berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu yang melibatkan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta.

    Setakat Isnin, beliau berkata empat saksi dari PNB, Khazanah dan Kementerian Kewangan telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan terbabit.

    Pada hari sama, SPRM juga telah menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain serta merampas pelbagai dokumen untuk tujuan siasatan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda