Pasangan Portugal malu salah tempat

BERLIN, 19 April – Sepasang penyokong Benfica, yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perlawanan suku akhir Liga Europa di Eintracht Frankfurt, mendapat malu selepas mereka memandu merentasi Eropah menuju ke Frankfurt yang salah.

Pasangan itu telah mendokumentasikan pemanduan selama 16 jam mereka dari Amadora, Portugal ke Jerman melalui Paris di Instagram dan gembira untuk memuatnaik ‘Kami sudah tiba di Frankfurt’, hanya mendapati ia adalah destinasi yang salah.

Salah seorang daripada mereka, Alvaro Oliveira, memuatnaik sekeping gambar dirinya di depan papan tanda bagi Frankfurt (Oder), berdekatan sempadan timur Jerman dengan Poland.

Para pengguna Instagram lain dengan pantas memberitahu bahawa pasangan itu berada 610 kilometer, kira-kira enam jam pemanduan, dari Frankfurt, Main, lokasi tepat di mana perlawanan Liga Europa itu diadakan di Commerzbank Arena. – AFP