Wednesday, January 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan Singapura diburu selama 19 tahun ditahan SPRM

    SINGAPURA, 4 DIS – Sepasang suami isteri dari Singapura yang dikehendaki berkaitan kes rasuah di negara itu dan menjadi pelari-an selama 19 tahun telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

    Mereka ditangkap di Johor Bahru, Johor oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Ibu Pejabat SPRM dengan bantuan SPRM Johor.

    Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) memaklumkan bahawa Ng Teck Lee, 58, suspek utama dalam kes rasuah Citiraya Industries Ltd (Citiraya) dan isterinya, Thor Chwee Hwa, 55, diserahkan kepada pihaknya pada hari yang sama dan akan didakwa di mahkamah hari ini.

    Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Citiraya ketika kesalahan itu dilakukan, akan didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah dengan menyalahgunakan sisa elektronik daripada pelbagai syarikat yang telah diamanahkan kepadanya untuk kegunaan peribadi.

    “Ng mengarahkan beberapa pekerja Citiraya untuk tidak memusnahkan sisa elektronik itu, sebaliknya membungkus semula dan mengeksportnya,” menurut kenyataan CPIB hari ini.

    Sementara itu, Thor Thor bakal berdepan satu pertuduhan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) Singapura atas tuduhan berkomplot dengan Ng untuk membuka akaun di Credit Suisse Cawangan Hong Kong atas namanya, yang digunakan untuk menyimpan hasil jenayah Ng. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda