Pasangan Vietnam bunuh anjing dan kucing ditahan

HANOI, 15 JUN – Pasangan dituduh meracun berpuluh-puluh anjing dan kucing peliharaan di Vietnam ditahan hari ini, menurut media kerajaan, ketika pihak berkuasa mengekang kegiatan menangkap haiwan untuk penjualan daging ke kedai-kedai makanan dan pasar.

Secara tradisinya dimakan bersama wain beras atau bir, daging anjing dianggap makanan istimewa di sebahagian besar negara itu. Kucing – meskipun kurang popular – juga termasuk dalam menu, sering kali digelar ‘harimau kecil.’

Namun binatang-binatang ini juga dijadikan haiwan peliharaan oleh kebanyakan keluarga.

Ahad lalu, penduduk di wilayah utara Thanh Hoa, menemui bahagian badan haiwan peliharaan mereka bertaburan di jalan-jalan. Mereka memaklumkan kepada polis yang kemudiannya menangkap seorang lelaki dan seorang wanita ‘mengutip anjing dan kucing mati ke dalam beg, menurut laporan portal berita VNExpress. – AFP