DAKAR, 4 OKT – Sebuah pasar kayu bersejarah di ibu negara Senegal Dakar terbakar pada malam semalam, dengan anggota bomba masih memadamkan sisa-sisa bangunan yang masih membara pada pagi berikutnya, menurut wartawan AFP.
Dinamakan Parc Lambaye, pasar itu terletak dalam pusat bandar tepi pantai, dan terkenal dengan hasil kayu seperti jenambang pintu dan kabinet.
“Tidak adanya kematian dilaporkan, hanya kerosakan bahan,” kata seorang anggota bomba yang enggan memberikan namanya.
Satu kebakaran besar meletus lewat semalam dan berterusan sepanjang malam, membakar seluruh pasar, beritahu anggota bomba di tempat kejadian kepada AFP hari ini.
Orang ramai di tempat kejadian berkata mereka tidak tahu apa yang telah mencetuskan kebakaran itu.
Pada pagi ini, anggota bomba masih menggunakan hos air untuk memadamkan sisa-sisa runtuhan di tapak berkenaan.
Dakar ialah metropolis Afrika Barat dengan kira-kira 3.5 juta penduduk, di mana kebakaran di pasar tidak formal itu merupakan kejadian yang berlaku sekali-skala. – AFP
































