Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pasaran Asia jatuh, khuatir ekonomi global merosot

    HONG KONG, 6 JULAI – Ekuiti merudum di pasaran Asia hari ini dan mata wang euro masih ditahap rendah dalam 20 tahun ketika kebimbangan mengenai kemerosotan yang berlanjutan dalam pasaran, walaupun harga minyak kembali melantun selepas kerugian pada hari sebelumnya.

    Menambah kepada ketidakpastian negara berkenaan adalah peningkatan dalam penularan jangkitan kes COVID di sebahagian China sehingga beberapa buah bandarnya dikenakan perintah kawalan pergerakan sebagai sebahagian daripada polisi COVID-Sifar.

    Insiden tersebut mengenang kembali kenangan pahit mengenai langkah-langkah ketat yang dikenakan di Shanghai dan Beijing pada awal tahun ini yang menjejaskan ekonomi negara tersebut.

    Para pelabur berdepan dengan kebimbangan dalam kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat akan meningkat dengan tujuan untuk mengatasi inflasi yang tinggi akan menyebabkan ketegangan dalam kemajuan ekonomi, sementara itu, ia juga akan menjejaskan lagi krisis bekalan tenaga seperti yang dihadapi di Eropah.

    Walau bagaimanapun, terdapat sedikit harapan mengenai spekulasi Perdana Menteri Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan mempertimbangkan menyingkirkan pentakrifan yang dilaksanakan semasa pemerintahan Trump pada barangan dari China.

    Pasaran Hong Kong, Tokyo, Shanghai, Sydney, Seoul, Taipei, Bangkok dan Jakarta, kesemuanya menunjukkan kemerosotan, walaupun Wellington, Manila dan Mumbai dilihat mempunyai peningkatan dalam pasaran mereka.

    Sementara itu, London, Paris dan Frankfurt membuka penjualan dan pembelian saham dengan harga yang tinggi selepas mengalami kerugian kelmarin.

    Jeffrey Halley dari OANDA berkata para pelabur berlumba-lumba untuk meletakkan harga di kedua-dua pasaran di tengah-tengah kemerosotan yang dialami AS dan juga sekatan yang dijalankan mungkin diketatkan lagi di China.

    Selain daripada itu, WTI merudum hampir 9 peratus kelmarin ketika harga minyak setiap tong berharga kurang dari AS$100 buat kali pertama sejak April lalu dan Brent pula mengalami kemerosotan sebanyak 10 peratus. – AFP

    Saham Asia dilihat lebih rendah kelmarin selepas penurunan dalam aktiviti perdagangan pada Wall Street di tengah-tengah kekhuatiran dalam kemerosotan ekonomi global. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...