Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran Asia merosot

    HONG KONG, 25 Okt – Pasaran Asia merosot mendadak hari ini, menyusuli satu kemerosotan di Wall Street, dengan lantai perdagangan dewan niaga dipenuhi dengan berita negatif mengenai kebimbangan geopolitik dan ekoran data ekonomi dan pendapatan Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

    Kemerosotan terbaharu itu menyelubungi ekuiti global, yang telah dibelenggu oleh beberapa siri masalah pada tahun ini dipimpin oleh perang perniagaan China-AS dan kadar faedah Simpanan Persekutuan yang meningkat.

    Selain itu, dalam beberapa minggu ini telah meletusnya perbalahan nuklear di antara AS dan Rusia, pembunuhan seorang wartawan Saudi, Brexit dan pertengkaran belanjawan Itali dengan Kesatuan Eropah.

    Saham AS telah diuruskan secara meluas untuk mengelak penjualan yang dilihat di tempat lain, malah mencatat tahap rekod tinggi, disebabkan ekonomi yang kukuh dan keputusan korporat yang positif. Bagaimanapun, New York akhirnya telah tunduk tatkala pelabur menimbang untuk menamatkan pinjaman murah selama satu dekad dan pelaksanaan tarif tinggi oleh AS dan China dalam perang perniagaan mereka.

    The Dow dan S&P 500 menghapus pemerolehan mereka untuk tahun itu, sementara Nasdaq merosot lebih empat peratus apabila sektor teknologi itu menerima satu lagi tamparan hebat.

    Penjualan berlaku selepas data menunjukkan penjualan dalam AS mencecah kadar paling perlahan mereka selama hampir dua tahun, manakala Persekutuan berkata firma di seluruh negara bimbang mengenai tarif serta kekurangan pekerjaan.

    Kerugian tersebut telah tersebar ke Asia, di mana Tokyo merosot 2.8 peratus, Shanghai merosot 1.4 peratus dan Sydney mengecut 2.2 peratus, juga kehilangan pemerolehannya untuk tahun itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda