Pasaran hartanah meningkat separuh pertama 2021

PUTRAJAYA, 15 SEPT – Pasaran hartanah Malaysia mencatatkan sebanyak 139,754 transaksi bernilai RM62.01 bilion pada separuh pertama 2021, menunjukkan peningkatan jumlah sebanyak 21.0 peratus dan nilai 32.1 peratus berban-ding tempoh sama pada tahun lepas. 

Menurut Laporan Pasaran Hartanah Malaysia pada separuh pertama 2021 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Kementerian Kewangan hari ini, jumlah transaksi di seluruh subsektor menunjukkan pergerakan menaik. 

Katanya, subsektor tanah kediaman, perniagaan, industri, pertanian dan tanah pembangunan mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun, masing-ma-sing sebanyak 22.2 peratus, 28.5 peratus, 29.4 peratus, 13.9 peratus dan 21.3 peratus.  Katanya nilai transaksi bergerak seiring dengan subsektor tanah kediaman, komersial, industri, pertanian dan tanah pembangunan, masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 34.7 peratus, 28.4 peratus, 19.8 peratus, 33.1 peratus dan 40.6 peratus.

Mengenai hartanah kediaman, katanya terdapat 92,017 transaksi bernilai RM34.51 bilion yang dicatatkan dalam tempoh kajian, meningkat sebanyak 22.2 peratus dalam bilangan dan 34.7 peratus bagi nilai tahun ke tahun.

Menurut laporan itu, prestasi di seluruh negeri bertambah baik dalam tempoh kajian. – Bernama