Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pasaran saham Asia jatuh selepas inflasi tinggi AS

    BEIJING, 18 OGOS – Pasaran saham Asia turut menjunam menyusuli Wall Street lebih rendah kelmarin, selepas Rizab Persekutuan berkata inflasi Amerika Syarikat (AS) terlalu tinggi serta mencadangkan sokongan untuk kenaikan kadar faedah yang lebih agresif.

    Ekonomi gergasi Asia seperti Shanghai, Tokyo, Hong Kong dan Sydney merosot, sementara harga minyak naik lebih tinggi.

    Indeks penanda aras S&P 500 Wall Street susut 0.7 peratus kelmarin, selepas mesyuarat lembaga pengarah Fed pada 26 dan 27 Julai lalu menunjukkan ahli berpendapat inflasi masih sangat tinggi di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi AS semakin lemah.

    Lembaga tersebut tiddak melihat tanda-tanda inflasi akan berkurangan dalam masa terdekat.

    Pelabur bimbang kenaikan kadar yang agresif oleh persekutuan dan bank pusat di Eropah serta Asia mungkin menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

    Jabatan Perdagangan melaporkan jualan runcit Julai tidak berubah berbanding bulan sebelumnya. Pengusaha perniagaan telah memberi amaran inflasi yang tinggi akan menghalang pengguna daripada berbelanja untuk perkara yang tidak penting.

    Bank pusat AS telah menaikkan kadar pinjaman penanda arasnya sebanyak dua kali tahun ini pada kadar 0.75 mata peratusan, tiga kali ganda margin biasa. Peramal berkata satu lagi kenaikan pada kadar yang sama mungkin berlaku pada mesyuarat Fed akan datang.

    Dalam pasaran tenaga, penanda aras minyak mentah AS naik 3 sen kepada $88.14 setong dalam dagangan elektronik di New York Mercantile Exchange, melonjak $1.58 kepada $88.11 pada hari Rabu. Minyak mentah Brent, meningkat 1 sen kepada $93.66 setong di London. Ia melonjak $1.31 daripada $93.65. – AP

    Peniaga mata wang melihat skrin yang menunjukkan Indeks Harga Saham Komposit Korea (KOSPI) dan kadar pertukaran asing antara dolar A.S. dan won Korea Selatan di Seoul, Korea Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...