Friday, February 3, 2023
22.5 C
Brunei

-

Pasaran saham Asia meningkat berikutan ekonomi global kukuh

BANGKOK, 24 JAN – Saham meningkat di Asia hari ini berikutan kenaikan saham syarikat teknologi di Wall Street kerana pelabur berharap Rizab Persekutuan (FR) akan mengurangkan kadar kenaikan bagi menekan inflasi.

Banyak pasaran di rantau ini ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Bacaan awal untuk syarikat pembuatan di Jepun tetap stabil pada Januari, berada pada tahap terendah lebih daripada dua tahun, dengan eksport menurun lebih cepat.

Tetapi kekuatan dalam saham teknologi membantu meningkatkan pembelian pengeluar seperti pembuat elektronik Omron, yang meningkat 2.7 peratus, dan pembekal robot, Fanuc Corp., yang meningkat 2 peratus.

Indeks Nikkei 225 Tokyo naik 1.7peratus ke 27,367.03 dan Sensex di Mumbai menambah nilai 0.5 peratus ke 61,223.88. Manakala Indeks S&P/ASX 200 Australia naik 0.4 peratus ke 7,486.60 sementara kadar SET di Bangkok naik 0.2 peratus.

Seseorang berdiri di hadapan papan saham elektronik yang menunjukkan indeks Nikkei 225 Jepun di firma sekuriti, di Tokyo. – AP

“Pasaran mengunjurkan pro-pertumbuhan yang baik kerana pelabur semakin selesa dengan idea makro yang meningkat sebelum minggu yang sibuk dibanjiri data dari perspektif makro dan mikro,” kata Stephen Innes dari SPI Asset Management dalam kenyataannya.

“Jika kita melihat dengan teliti, dalam situasi semasa yang dipenuhi pandemik, pasaran saham disokong oleh pergerakan kukuh dalam saham teknologi bermodal mega, yang menjadikannya tidak dapat dilupakan,” katanya.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) telah mengalami kenaikan yang ketara pada hari Isnin. S&P 500 naik 1.2 peratus, Purata Perindustrian Dow Jones naik 0.8 peratus, Komposit Nasdaq naik 2 peratus dan Russell 2000 naik 1.3 peratus. Ini menunjukkan pasaran saham AS berada dalam keadaan baik.

Saham teknologi dalam S&P 500 naik 2.3 peratus semalam, dengan pengeluar chip Advanced Micro Devices memimpin dengan keuntungan 9.2 peratus.

Rizab Persekutuan AS dan bank pusat lain mungkin bertindak terlalu jauh dalam menahan kenaikan kadar faedah yang bertujuan untuk membendung inflasi, yang telah mula menurun di banyak negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Ini boleh menyebabkan kemelesetan di AS dan ekonomi lain dengan mengurangkan perbelanjaan dan melabur terlalu banyak. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -