Pasaran saham dunia merosot lagi

TOKYO, 6 MAC – Saham dunia dan harga minyak merosot sekali lagi kerana sikap pesimis mengatasi harapan bagi bank pusat menangani kelembapan ekonomi akibat penularan koronavirus.

Khabar angin bahawa pegawai China mungkin terlampau yakin dengan penyambungan operasi peniaga tempatan, juga menjejaskan keyakinan pasaran saham.

Selepas kerugian meluas di Asia, CAC 40 Perancis merosot 3.7 peratus kepada 5, 160., sementara DAX Jerman jatuh 3.6 peratus kepada 11,515. FTSE 100 Britain susut 3.2 peratus kepada 6,490.

Saham AS jatuh lagi, dengan Dow Futures jatuh 2.1 peratus dan S&P 500 jatuh 2.4 peratus.

Hasil bon menurun apabila peniaga mengharapkan bank-bank pusat untuk memotong kadar faedah dan menghimpunkan hutang kepada kerajaan sebagai tempat selamat. – AP

Seorang lelaki melintasi papan elektronik menunjukkan indeks saham Hong Kong di luar sebuah bank di Hong Kong, kelmarin. Pasaran Asia jatuh di mana kesangsian mengenai koronavirus sekali lagi menjejaskan pasaran.