TOKYO, 23 OGOS – Pasaran saham Tokyo ditutup rendah hari ini berikutan kejatuhan ringgit Amerika Syarikat (AS) apabila kebimbangan semakin meningkat di tengah-tengah Rizab Persekutuan akan meneruskan perancangan kenaikan kadarnya dalam memerangi inflasi.
Penanda aras indeks Nikkei 225 turun 1.19 peratu, kepada 28,452.75, manakala indeks Topix susut 1.06 peratus kepada 1,971.44. Ringgit AS berada pada 137.29 yen, berbanding 137.48 yen kelmarin di New York.
Pasaran saham kini berada di bawah tekanan menjelang simposium bank pusat minggu ini di Jackson Hole, Wyoming dengan pelabur menunggu untuk melihat sama ada penggubal dasar kewangan antarabangsa akan memperbaharui komitmen mereka terhadap kenaikan kadar faedah bagi memerangi inflasi.
Terdapat kesan buruk untuk mengambil risiko bagi pelabur pasaran saham yang khuatir menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell pada mesyuarat yang akan diadakan pada Jumaat, kata jurucakap dari Bank Kebangsaan Australia.
“Perbalahan yang berlaku di kalangan pegawai rizab persekutuan baru-baru ini, serta perselisihan daripada Bank Pusat Eropah mengenai ekonomi yang semakin pulih di tengah-tengah risiko kemelesetan yang semakin meningkat di Jerman telah membawa kepada penilaian semula pandangan pasaran mengenai kadar,” katanya.
Inflasi yang melambung tinggi dan kenaikan harga gas asli mencetuskan kebimbangan mengenai kekurangan tenaga musim sejuk dan kemelesetan ekonomi di Eropah.
Kumpulan Sony mencatatkan penurunan 3.31 peratus kepada 11,535 yen manakala Kumpulan SoftBank turun 2.42 peratus kepada 5,600 yen.
Pembuat kereta adalah antara sektor yang mencatatkan kerugian dengan Toyota turun 1.98 peratus pada 2,107.5 yen, Honda turun 1.93 peratus pada 3,651 yen serta Nissan turun 1.29 peratus pada 527.3 yen.
Walau bagaimanapun saham berkaitan sumber asli mencatatkan lebih tinggi dengan pemaju minyak Inpex berakhir 1.95 peratus pada 1,568 yen sementara pengedar minyak Idemitsu Kosan naik 1.11 peratus pada 3,645 yen. – AFP