Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    PASB anjur kursus reka bentuk konkrit

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – PUJA Akademi Sdn Bhd (PASB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah mengadakan kursus Reinforced Concrete Designs
    (British Standards vs Euro-codes).

    Kursus telah dihadiri oleh ahli PUJA, pegawai-pegawai kerajaan dan profesional daripada sektor swasta.

    Kursus tersebut membincang dan membandingkan proses reka bentuk konkrit diperkukuh menggunakan Piawaian British dan Eurocodes.

    Ia bertujuan untuk menerapkan kesedaran dan sebagai kursus ulang kaji untuk pereka bentuk dan pengamal dalam industri pembinaan, selain mendedahkan mereka kepada piawaian terkini yang digunakan.

    Objektif kursus bertujuan memberi peluang kepada profesional dalam industri berkenaan untuk terus maju dalam bidang mereka dan meningkatkan kemahiran melalui ‘Mempromosi Kesedaran, Meningkatkan Pengetahuan dan Pengalaman’ tentang isu-isu utama yang berkaitan dengan industri.

    Antara ahli PUJA, pegawai kerajaan dan profesional sektor swasta hadir pada kursus yang dianjurkan. – Gambar serahan PUJA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...