Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PASB anjur Seminar Resolving Disputes in the Construction Industry

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – PUJA Academy Sdn Bhd (PASB) dengan kerjasama Pusat Timbang Tara Brunei Darussalam (BDAC), baru-baru ini, telah menganjurkan Seminar Resolving Disputes in the Construction Industry.

    Antara yang hadir pada seminar itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohd Salleh serta ahli-ahli Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA), profesional dan pegawai dari Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), dan sektor swasta.

    Presiden PUJA, Sr Haji Awang Hanafi bin POKDSDDLU Haji Awang Abdul Rahman melahirkan penghargaan kepada BDAC dalam menjalankan seminar dan dialog bersama PUJA serta ahli-ahlinya.

    Beliau turut menekankan manfaat BDAC dan PUJA bekerjasama dalam sesi latihan dan perkongsian pengetahuan akan datang, dan menggesa ahli-ahli PUJA untuk membantu BDAC dalam apa jua kapasiti yang diperlukan dan memberikan kepakaran teknikal dan profesional mereka kepada BDAC.

    Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Interim BDAC, Awang Omarule bin Haji Awang Omar dalam ucapannya turut mengakui kaedah biasa menyelesaikan pertikaian di Brunei adalah melalui litigasi.

    Sr Haji Awang Hanafi bergambar ramai bersama para peserta semasa seminar berkenaan. – Gambar serahan PUJA

    Beliau menekankan, penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) boleh menjadi cara yang berkesan untuk menangani isu-isu mencabar semasa projek-projek pembinaan.

    Penceramah bagi seminar itu ialah Pegawai Perundangan Kanan di BDAC, Hajah Zuraidah binti Pehin Orang Kaya Pekerma Indera Dato Paduka Haji Sidek dan Penasihat Undang-undang di Hasnah Hassan & Associates, Hajah Aziimah binti Haji Mohammad Hambali.

    Seminar itu menekankan bahawa pihak-pihak berkaitan boleh mencari penyelesaian pertikaian alternatif untuk menyelesaikan pertikaian dalam industri pembinaan.

    Selain, BDAC juga menawarkan mekanisme alternatif seperti timbang tara dan pengantaraan.

    Seminar berkenaan turut memfokuskan di mana BDAC menawarkan pengantaraan komersial dan pengantaraan tuntutan kecil.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...