Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pasha Lee maut ketika pertahankan negara, bangga sertai tentera

    Pelakon Ukraine, Pasha Lee dilaporkan terbunuh dalam serangan tentera Rusia yang menduduki bandar yang terletak di barat Kyiv.

    Pelakon berusia 33 tahun itu, meninggal dunia di Irpin, Ukraine ketika mempertahankan tanah airnya Ahad lalu.

    Lee dilaporkan terbunuh bersama Datuk Bandar, Yuriy Prilipko, 61, yang ketika itu sedang mengagihkan makanan dan ubat-ubatan.

    Lee menyertai Pasukan Pertahanan Teritorial Angkatan Tentera Darat Ukraine sejak hari pertama peperangan tercetus.

    Lima hari sebelum kematian, Lee memuat naik status yang memberitahu dia bangga memakai seragam tentera dan mengajak semua rakyat bersatu menentang keganasan.

    Dia juga memberitahu dirinya berada di tengah peperangan.

    “Selepas 48 jam lalu, ini kesempatan buat kami duduk dan bergambar. Saat ini kami masih dibedil bom, tetapi masih tersenyum kerana kami mampu menanganinya,” tulisnya. – Agensi

    Pasha Lee dilaporkan terbunuh dalam serangan tentera Rusia yang menduduki bandar yang terletak di barat Kyiv. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...