WELLINGTON, 26 Jan – Pasport New Zealand bukan untuk dijual, kata Perdana Menteri Bill English hari ini, selepas timbulnya laporan mengatakan raja teknologi AS Peter Thiel mendapat kerakyatan di negara Pasifik Selatan meskipun tidak memenuhi kriteria rasmi.
Pertikaian mengenai kerakyatan Thiel menyusuli laporan mengatakan warga Amerika yang amat kaya sedang melihat negara Pasifik Selatan terpencil itu sebagai ‘tempat persembunyian’ kalau-kalau jawatan presiden Donald Presiden menjadi kucar-kacir.
Kerajaan mengesahkan pada minggu ini bahawa jutawan kelahiran Jerman Thiel diberikan kerakyatan pada Jun 2011, dua bulan selepas menderma NZ$1.0 juta kepada dana bencana gempa bumi Christchurch.
English mengakui Thiel tidak memenuhi syarat-syarat biasa – menetap sekurang-kurangnya 70 peratus daripada lima tahun sebelumnya di New Zealand – tetapi berkata beliau diberikan kerakyatan disebabkan keadaan luar biasa.
“New Zealand adalah tempat yang lebih baik dengan Thiel sebagai seorang rakyat,” beritahu English kepada wartawan.
Beliau enggan membutirkan keadaan luar biasa dan mengetepi sebagai cadangan ‘karut’ mengatakan New Zealand menjual kerakyatan kepada Thiel, yang dianggarkan oleh Forbes bernilai AS$2.7 bilion.
“Ia bukan kes sama ada orang kaya boleh memotong baris,” kata English.
“Ia adalah sama ada orang mempunyai bakat tertentu, terutamanya sumbangan yang tidak memenuhi kriteria.” – AFP