Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasport Singapura kedua paling berkuasa di dunia

    SINGAPURA, 16 Jan – Pasport Singapura adalah pasport kedua paling ‘berkuasa’ di dunia, menurut satu ranking pasport sedunia.

    Singapura menduduki tempat kedua bersama Sweden, dengan skor bebas visa sebanyak 156 mata, manakala Jerman menduduki tempat teratas dengan kelebihan satu mata dalam Indeks Pasport 2017.

    Denmark, Finland, Perancis, Sepanyol, Switzerland, Norway, United Kingdom dan Amerika Syarikat semua berkongsi tempat ketiga dengan 155 mata.

    Singapura naik satu anak tangga daripada indeks tahun lepas dan me-ngatasi Korea Selatan menjadi pasport Asia dengan kedudukan tertinggi.

    Pasport terburuk adalah Iraq (92 mata), Pakistan (93 mata) dan Afghanistan (94 mata).

    Indeks itu mengira skor visa percuma setiap pasport dengan menggunakan tiga langkah: mengira jumlah negara yang boleh dikunjungi oleh pemilik pasport tanpa visa, atau di mana mereka boleh mendapatkan visa semasa ketibaan; membandingkan dua angka tersebut; dan menggunakan Indeks Program Pembangunan Manusia Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP HDI) sebagai penentu keputusan.

    Indeks yang disusun oleh firma penasihat kewangan Arton Capital itu meninjau 193 negara dan enam wilayah.

    Satu lagi ranking pasport sedunia tahun lepas menempatkan Singapura di tangga kelima, dengan Jerman menduduki tempat pertama juga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda