Pastikan berus solekan sentiasa bersih

Bilakah kali terakhir anda mencuci set berus solekan? Rutin mencuci berus wajar dititikberatkan, apatah lagi ia digunakan pada permukaan kulit wajah.

Jika helaian bulu berus tidak dibersihkan dengan baik, bimbang mendatangkan implikasi pada kulit wajah. Tiada gunanya solekan tampak sempurna, tetapi kondisi kulit wajah tidak sihat. Berikut adalah tip ringkas penjagaan berus solekan.

Simpan set berus di dalam beg khas yang mempunyai poket mengikut saiz setiap berus.

Cuci berus menggunakan syampu khususnya syampu anak damit pada setiap bulan atau dua bulan sekali. Ia bergantung pada kekerapan anda menggunakan berus solekan berkenaan.

Keringkan set berus yang telah dicuci di atas tuala kering dan bersih. Kemudian, simpankan ia di tempat yang tidak memerangkap habuk. Selamat mencuba. – Agensi