Pastikan ciri keselamatan berkualiti

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kenderaan selamat adalah penting dalam mengelakkan kemalangan dan mengurangkan kemungkinan kecederaan serius jika ia berlaku, jadi apabila membeli kereta adalah penting untuk memastikan ciri-ciri keselamatan berkualiti.

Kereta-kereta yang dihasilkan dalam abad ke-21 dibangunkan untuk mengatasi isu berkenaan dan kini biasanya dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi pintar dan canggih untuk melindungi pemandu di jalan raya.

Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar kereta jenama Jaguar Land Rover di Brunei, dalam kenyataan yang dikeluarkan, menyatakan bahawa kenderaan Jaguar Land Rover bukan sahaja dilengkapi dengan komponen yang tegap dan boleh dipercayai malah dengan kawalan-kawalan perisian.

Antara ciri yang perlu dipastikan semasa memilih kereta, menurut Indera Motors, adalah Lane Keep Assist yang membantu kereta kembali ke dalam laluan jika terkeluar; Blind Spot Assist yang mengesan kereta lain yang menghampiri titik buta; sistem kamera 360 darjah untuk memudahkan pemandu melihatkan sekeliling mereka dan memberi amaran jika terdapat kereta, pejalan kaki dan halangan di tempat letak kereta; Advanced Park Assist memudahkan meletak kereta dalam ruang sempit dan Driver Condition Monitors, sistem yang mengumpulkan beribu-ribu data dalam algoritma untuk mengesan hilang tumpuan dan keletihan pemandu serta mencadangkan agar pemandu berehat.

Sistem-sistem lain seperti Cruise Control dan Steering Assist membuatkan navigasi dalam pelbagai situasi lebih selamat dan mudah.

Satu lagi ciri yang patut diambil kira adalah pengedar kereta yang menawarkan bantuan tepi jalan. Kenyataan menyatakan, di Jaguar Land Rover, juruteknik-juruteknik terlatih bersedia sepanjang masa untuk memberikan bantuan.

Kereta yang dilengkapi Lane Keep Assist lebih selamat apabila tersasar dari laluan. – Gambar serahan Indera Motors