Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pastikan kapasiti makan di kedai dipantau

    Negara kita telah memasuki Fasa Endemik dalam usaha pemulihan negara daripada kesan pandemik COVID-19.

    Justeru terdapat kelonggaran telah dilaksanakan dalam fasa ini, namun orang ramai disarankan untuk terus mengamalkan tanggungjawab sosial masing-masing, mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan serta tidak leka dengan keadaan semasa.

    Sehubungan itu juga, kedai-kedai khususnya kedai makan diarahkan untuk mengurangkan kapasiti kemasukan pelanggan ke kedai mereka. Namun, timbul satu persoalan fikiran saya, perlukah kedai-kedai makan di dalam gedung-gedung membeli belah menyusun meja dan kerusi mereka di luar kedai mereka?

    Ini kerana baru-baru ini, saya mendapati salah sebuah gedung membeli belah terdapat beberapa kedai makan menyusun kerusi dan meja mereka di luar kedai mereka. Terlintas difikiran saya, bukankah mana-mana kedai khususnya kedai makan perlu mengehadkan kapasiti pelanggan memasuki kedai mereka dan perlu mengehadkan tempat duduk di dalam kedai saja dan dan bukannya sehingga ke luar kedai.

    Pada pendapat saya, pelanggan-pelanggan yang duduk di luar kedai dan menikmati makanan mereka boleh berisiko kerana lebih terbuka kepada pengunjung gedung membeli belah berkenaan. Tambahan pula keadaan semasa penularan wabak di negara kita agak berisiko meskipun peratus kapasiti adalah tinggi

    Oleh yang demikian, diharap pihak relevan melakukan tinjauan di kedai-kedai makan di seluruh negara terutama yang berada di gedung-gedung membeli belah.

    Ingin tahu

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...