Pastikan kawasan hidupan liar

SEMPORNA, 11 OGOS – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie mengatakan bahawa kerajaan negeri Sabah akan mengenal pasti keluasan kawasan di negeri ini untuk pembiakan hidupan liar terutama sekali haiwan yang diancam kepupusan dengan hasrat untuk melindungi kehidupan haiwan yang menjadi khazanah negeri itu.

Kawasan itu bukan sahaja menempatkan hidupan liar, tetapi akan menjadi tarikan pelancong untuk melihat usaha baik negeri dalam memelihara hidupan liar Sabah.

Datuk Christina Liew (Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, telah pergi ke Jakarta untuk berbincang mengenai badak sumbu Sumatera dengan Ketua Pengarah Sumber Asli dan Konservasi Ekosistem Indonesia, Wiratno.

Langkah itu juga untuk menjalinkan kerjasama dalam menjalankan pembenihan zuriat satu-satunya badak sumbu Sumatera di Malaysia bernama Iman yang ditempatkan di Rizab Hidupan Liar, Lahad Datu. Satu memorandum persefahaman akan ditandatangani antara dua belah pihak bulan depan. – Bernama